Jan 17, 2011

Imej ana Rafalli




Ana Rafali yang mula berjinak-jinak saat mula-mula menuntut di Universiti Teknologi MARA, Shah Alam itu bagaimanapun mengakui cukup selesa dengan imej berbaju kurung di setiap persembahan yang dilakukannya.

"Ketika zaman belajar saya di universiti, saya sering mengadakan persembahan di majlis-majlis keramaian universiti yang memerlukan saya memakai baju kurung.

"Bermula dari situ, saya telah terbiasa dan rasa lebih yakin apabila memakai baju kurung atau kebaya dan akan terus kekal dengan imej sebegini setiap kali mengadakan persembahan", katanya.

Ditanya lagi adakah dia akan berbaju kurung dan kebaya setiap masa walaupun di luar, Ana Rafali menjawab:

"Saya juga seperti remaja lain, bukan setiap masa akan berbaju kurung dan kebaya walaupun saya keluar bersama rakan. Tetapi saya akan cuba berbaju kurung selagi ianya sesuai dengan majlis dan buat saya selesa", jawabnya.

Ana Rafali yang ditemui ketika majlis pelancaran albumnya yang berjudul 'Ketika Aku Kecil' itu amat berbangga sekali apabila kesemua lagu yang terdapat dalam album itu dicipta sepenuh olehnya.

"Lagu yang saya tulis banyak berkisar tentang kehidupan yang saya lalui, dari luahan hati saya dan pengalaman yang turut dilalui oleh rakan-rakan saya juga",katanya.

Lagu 'Ketika Aku Kecil' yang dipilih sebagai judul album sulungnya ini bagaimanpun mempunyai maksud tersirat mengenai dirinya yang baru saja bertapak dalam industri muzik tanah air.

"Saya memilih lagu ini sebagai judul album saya kerana lagu ini menceritakan diri saya yang masih terlalu kecil dalam industri muzik tempatan ini. Lagu ini juga turut menjelaskan siapa sebenarnya diri saya yang suka berangan ini untuk cukup dikenali ramai sebagai pengenalan untuk album saya ini" ujarnya.

Komposer terkenal, Aidit Alfian yang mengakui kagum dengan bakat yang ada pada Ana Rafali itu menjelaskan, sebaik saja melihat bakat Anak Rafali, dia terus melamar gadis ini sebagai penyanyi pertama di bawah labelnya sendiri, Aidit Alfian Records. Malah dia akui sehingga kini dia amat senang bekerja dengan gadis itu. .

"Ana mempunyai bakat yang luar biasa. Penulisan dia melalui lagu-lagunya sedikit pun tdiak dipenagaruhi oleh mana-mana sumber. Liriknya sangat 'raw' dan lahir jujur dari dirinya yang tidak memerlukan apa tunjuk ajar dari saya. Cuma apa yang boleh saya berikan adalah nasihat dan pendapat dalam industri muzik tanah air.

Penyanyi jurusan TESL ini yang mula dikenali ramai sejak rakaman nyanyiannya di laman sesawang YouTube ini turut mendapat sokongan daripada kumpulan pemuzik atau band yang dikenali sebagai The Marhaens.

"The Marheans merupakan band yang akan mengiringi saya di setiap persembahan yterutama dalam persembahan yang berskala besar. Mereka sudah bersama saya sejak 2 tahun lalu iaitu sejak saya menganali Aidit Alfian lagi. Malah pada hari ini juga mereka bersama-sama saya untuk persembahan pada majlis pelancaran album saya", jelasnya

Sebagai penyanyi baru, Ana juga mempunyai perinsip tertentu dalam memartabatkan muzik tempatan supaya dapat diterima baik oleh segenap masyarakat.

"Saya tidak rasa, dalam industri muzik tempatan ini kita perlu bersaing untuk menentukan siapa yang popular dan sebagainya. Malah saya rasa kita semua perlu berusaha memperjuangkan muzik masing-masing bersama-sama kerana saya anhgap semua penyanyi adalah satu kumpulan yang sama-sama memperjuangkan industri muzik tempatan", katanya yang manis berbaju kebaya moden itu.

No comments: