May 31, 2011

7 Khalimah Yang Sukar Diterima Suami

Memandangkan sudah lama hidup bersama maka ramai isteri merasakan mereka bebas mengucapkan apa jua kalimat untuk suami. Pada pandangan mereka, suami boleh menerima semua yang diluahkan sama ada yang elok atau sebaliknya.

Sebaiknya hentikan pemikiran sedemikian. Jika tidak, maka terjadilah kata pepatah orang tua kerana mulut badan binasa. Semua ini ada kaitan dengan perihal ego lelaki. Lelaki sebenarnya cukup sensitif jika perkataan negatif tentang diri mereka itu didengar daripada pasangannya sendiri.

Mungkin bagi sebahagian isteri hal-hal yang diungkap pada suami itu remeh-temeh namun jika tidak kena gaya ia boleh memberi kesan yang besar dalam perhubungan. Tak mustahil suami akan merajuk atau berkecil hati. Sebagai contoh anda tiba-tiba ringan mulut pada satu pagi menegur tentang belahan rambut suami yang berlainan dan pada pandangan mata anda tidak elok.

Bagi anda ia perkara kecil tapi buat seorang lelaki yang sememangnya prihatin tentang citra diri mereka, ia boleh membuatnya rasa tersinggung. Sukar untuk seorang lelaki menerima apabila isteri memberi komen yang tidak menyenangkan tentang penampilannya.

Selain daripada itu, ada beberapa lagi isu atau perkara yang tidak disukai oleh suami bila diucapkan oleh pasangan mereka. Para isteri di luar sana, semak beberapa ayat yang sukar diterima oleh suami anda biarpun anda merasakan ia tiada apa-apa.

1. ‘Abang ni kurus sangat’ atau ‘Abang gemuk sangatlah’
Sebagai wanita, anda sudah tentu kecil hati bila dikata sedemikian oleh suami meskipun itu memang hakikatnya. Begitu jua dengan suami anda. Sebagaimana yang diperkatakan tadi lelaki memang sensitif jika ada yang berkomentar tentang bentuk tubuhnya.

Walau ia perkara yang benar sekali pun dan anda bimbang akan kesihatan suami tapi anda perlu bijak menyatakannya. Sebagai contoh hidangkan makanan diet untuk suami, sekiranya suami bertanya maka katakan anda prihatin tentang kesihatannya dan tidak mahu dia menghidap sebarang penyakit. Itu lebih lembut malah memberi petanda bahawa anda sebagai isteri amat menyayangi dirinya.

2. ''Kenapalah awak tak macam suami kawan saya’
Lelaki sangat benci jika diri mereka dibandingkan dengan lelaki lain, apalagi jika perbandingan itu keluar dari mulut pasangannya. Ia akan ‘melukai’ egonya. Namun, kebanyakan isteri cenderung melakukan kesalahan ini tanpa menyedarinya.

Ayat sebegini akan membekas di hatinya. Ia menggambarkan anda sebagai pasangan seolah-olah kecewa dengan dirinya dan dia sebagai suami tidak mampu memuaskan hati pasangan.

3. ‘Abang punya baju hari ni kelakarlah!’
Sekali lagi diingatkan jangan memberi komentar negatif tentang cara seseorang lelaki berpakaian. Tidak hanya ia akan mengganggu perasaannya tapi juga membuat seseorang lelaki itu kurang keyakinan diri. Sudah tentu anda tidak mahu suami berperasaan sedemikian. Memang, tidak salah jika anda ingin memberinya tip agar suami lebih bergaya tapi cara menyampaikannya perlu lebih ‘diplomatik.’ Misalnya, anda boleh mengutarakannya dengan menggunakan ayat begini, ‘Abang, saya rasa kalau abang pakai baju ini lebih sesuai’ atau pun ‘ Baju warna yang saya pilih ni mesti buat abang nampak lebih cerah.’

4. ‘Kamu membosankan!”
Walau hanya mengatakannya sekali saja pada suami tapi ayat ini akan bermain-main di fi kirannya boleh jadi sampai bila-bila. Dia akan cuba mencari di mana salah dan silapnya dan ini akan mengganggu hatinya.

Meskipun anda mungkin meng u capkannya dengan nada ingin bergurau tapi suami pula menganggapnya sebagai satu penghinaan. Betapa dirinya dilihat gagal memberi kebahagiaan dan kegembiraan kepada pasangannya. Ini satu yang serius.

5. ‘Saya sibuk, saya tiada masa nak bercakap sekarang’
Jika ini yang anda ucapkan pada suami bermakna anda telah menolak ke tepi rasa hormat pada pasangan anda. Ucapan ini tidak harus anda ucapkan pada suami sungguh pun pada ketika itu anda memang benar-benar sibuk dan kesuntukan masa.

Perasaan suami amat perlu dijaga. Biar pun pada anda suami seorang yang cukup memahami tapi kata-kata ini boleh menghiris kalbunya dan membuatkan dirinya terasa kecil. Betapa dirinya dengan mudah ditolak ke tepi pada satu-satu masa.

6. ‘Awak ni pandai ke tidak bawa kereta?’
Selain penampilan satu lagi aspek tentang lelaki yang boleh membuatkan mereka lekas tersentap ialah apabila seseorang wanita mempertikaikan caranya memandu. Kebanyakan lelaki percaya bahawa mereka punya kemahiran memandu yang lebih berbanding wanita.

Jadi bila anda sebagai isteri apatah lagi tidak tahu memandu meluahkan kompelin tentang cara pemanduannya tentu saja akan membuatkan suami sakit hati. Oleh itu lebih elok jika anda diam saja di tempat penumpang kecualilah jika anda melihat suami memandu dalam keadaan yang berbahaya dan cuai.

7. ‘Kawan abang tu segak betullah!’
Kalau anda kurang senang mendengar suami memuji kecantikan wanita lain, perkara yang sama dirasai oleh suami tatkala mulut anda menyebut tentang ketampanan dan kegagahan lelaki lain.

Suami akan berasa sedikit kesal apabila isteri membanggakan lelaki lain walhal sepatutnya pujian itu menjadi miliknya. Lebih-lebih lagi jika anda menyatakannya di hadapan dirinya yang ketika itu sedang bersama rakan-rakan lain. Tidak mustahil anda akan dianggap ‘memalukan’ dirinya.

Jika betul anda kagum dengan rupa paras rakan pasangan nyatakanlah dalam kalangan rakan anda saja atau lebih baik simpan saja dalam benak anda. Seharusnya anda membanggakan suami sendiri dan bukan lelaki lain.

Tubuh Suami Pancing Ghairah Isteri

Lelaki memang cukup senang melihat tubuh wanita yang ramping dan seksi. Selain itu dua bahagian yang menjadi tumpuan tentunya bahagian payu dara dan juga punggung. Dua aset yang mantap ini mampu membuatkan suami jadi ghairah malah lebih suka pulang awal dari kerja untuk menyaksikan pemandangan yang indah ini.

Pun begitu sebenarnya juga saja lelaki yang mampu jadi teruja melihat bentuk tubuh kaum wanita, isteri juga boleh berperasaan yang sama. Nafsu mereka mudah saja terpancing tatkala melihat tubuh badan suami yang gagah perkara. Tapi bahagian manakah paling senang dilihat oleh isteri mereka. MW kali ini menceritakan segalanya.

Dada Yang Bidang
Kalau lelaki cukup tertarik memandang dada kaum wanita, isteri turut berperasaan sedemikian. Daya tarik lelaki dan wanita untuk bahagian ini sama saja. Biasanya dada lelaki yang bidang dan sasa merupakan impian bagi sebahagian besar kaum wanita.

Hasil kajian mendapati bahawa ramai wanita cukup teruja ingin melihat dada lelaki yang terselindung di sebalik kemejanya. Ada juga wanita yang berasa terangsang melihat dada lelaki yang sasa dan juga berbulu. Lelaki yang memiliki dada sedemikian dilihat sangat gagah.

Perut Yang Rata
Ramai wanita menginginkan perut pasangannya berketul-ketul dengan otot. Sekali lagi, bahagian tubuh sebegini melambangkan keperkasaan yang memang dimahukan oleh wanita dari setiap lelaki.

Sebabnya sewaktu berhubungan intim, wanita akan sangat ghairah melihat perut lelakinya yang rata tanpa lebihan lemak. Perut yang rata juga menandakan bahawa si lelaki suka bersenam dan menjaga kesihatan dan pemakanannya.

Lengan berotot
Lengan yang suka dilihat oleh wanita bukanlah seperti lengan ahli bina badan yang berurat dan berketul. Ada wanita yang takut malah geli melihatnya. Sebaliknya bahagian lengan suami yang didambakan cukup sekadar berotot, tampak kuat dan tidak lembik.

Wanita merasakan bahagian ini seksi kerana lengan ataupun bahagian bisep lelaki turut menandakan kekuatan. Wanita suka berada bersama lelaki yang dilihat kuat kerana mereka berasa yakin bahawa sang lelaki mampu melindungi dirinya. Selain itu bahagian lengan yang berotot juga menandakan bahawa seorang lelaki itu bekerja kuat dan menjaga tubuhnya.

Bahu tegap
Berdasarkan satu penyelidikan pendidikan seks di Britain, ramai wanita mengatakan bahawa bahu lelaki yang lebar dan tegap merupakan salah satu kriteria keseksian kaum lelaki. Bahagian bahu dapat melambangkan kekuatan, kejantanan dan keperkasaan.

Bibir yang Seksi
Bentuk bibir yang indah mampu membuatkan wanita terasa ghairah. Ia dilihat seksi oleh kaum wanita. Keindahan bibir kaum lelaki juga akan dikaitkan dengan potensi keintiman yang mungkin diperoleh dari pemilik bibir tersebut.

Bentuk bibir yang indah mungkin berbeza mengikut pandangan wanita. Ada yang merasakan bibir merah dan nipis sebagai seksi dan ada juga yang berasakan lelaki yang memiliki bibir tebal tampak cukup menarik.

Jari jemari bersih
Bagi sebahagian wanita, tangan lelaki mampu memberikan ghairah tersendiri. Ada lelaki tidak mengendahkan anggota tubuh ini, seperti kuku dibiarkan panjang dan kotor. Tangan seorang lelaki terawat dan bersih menggambarkan keprihatinan mereka terhadap kebersihan dan penjagaan tubuh. Perkara inilah yang disukai oleh kaum wanita.

Ukuran alat sulit
Alat sulit lelaki iaitu penis memang mendapat perhatian besar daripada kaum wanita. Meskipun tidak dinyatakan secara spesifik ukuran besar atau kecilnya yang penting adalah warnanya yang sekata dan tidak mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan.

Punggung mantap
Keseksian lelaki juga dilihat daripada bahagian punggungnya. Kaum wanita cukup senang melihat punggung lelaki yang mantap seperti para atlet.

12 Sikap Untuk Peroleh Seks Yang Hebat

Sikap yang positif bukan saja perlu untuk memajukan karier tapi juga perlu dalam urusan seks. Sikap sebegini akan meningkatkan kehidupan seks sementara sikap pula negatif memberi kesan yang sebaliknya. Oleh itu jika anda mempunyai sikap negatif maka segeralah berubah.

Contohnya sekiranya ketika ini anda selalu tidak mencapai kepuasan seks, jangan rendah diri dan meninggalkan urusan ranjang sebaliknya terus berusaha mencari jalan penyelesaiannya.

Selain itu praktikkan 12 sikap di bawah ini untuk memastikan anda mendapat seks yang hebat. Saranan diberikan oleh pakar terapi seks Joel D. Block. Ph.D dalam buku Secrets of Better Sex.

1. Carilah Ilmu
Ilmu pengetahuan adalah kekuatan seksual. Ramai sebenarnya yang salah faham tentang perkara berhubung dengan seks. Contohnya menafsir isteri dan suami yang tidak mencapai kepuasan kerana punya sakit kelamin. Sebenarnya ketidakpuasan seks ini bukan saja disebabkan penyakit tapi boleh jadi kerana faktor tekanan dan juga persekitaran. Inilah pentingnya ilmu dalam seks.

2. Ada Keberanian
Seks memerlukan sedikit keberanian. Jangan biarkan rasa takut dan malu membatasi perilaku seks anda. Rasa takut akan kegagalan atau tidak dapat memenuhi harapan sendiri atau pasangan anda akan membuatkan seseorang itu berhenti mencuba teknik baru dan posisi yang berbeza atau meminta layanan seks seperti yang mereka inginkan.

3. Punya Keinginan
Seks adalah tentang “keinginan,” bukan “keharusan.” Apa yang anda dan pasangan anda inginkan? Itu yang menjadi pokok utama bukan apa yang anda fikir harus anda inginkan.

4. Saling Bekerjasama
Kepuasan seks paling tinggi diperoleh bila suami isteri saling bekerjasama dan melibatkan diri sepenuhnya. Jika anda terlalu sibuk memperhatikan potensi dan kepuasan sendiri dan mengetepikan kepuasan pasangan, seks sudah tentu tidak menyenangkan.

5. Kepercayaan
Seks yang terbaik diperoleh bila pasangan berasa selesa antara satu sama lain. Bagi mengatasi halangan keselesaan ini maka diperlukan keyakinan bahawa diri diterima secara penuh oleh pasangan.

6. Ada Komunikasi
Jika anda mampu meluahkan keinginan seks anda dengan jelas tanpa ada hati yang kecewa dan tersentuh maka anda komunikator yang efektif. Perkara ini cukup penting bagi mendapat kepuasan di ranjang.

7. Saling Mencintai
Seks yang paling memuaskan berlaku jika pasangan saling mencintai satu sama lain. Tanpa perasaan cinta, anda juga tidak akan ada nafsu untuk melakukan seks dengan pasangan.

8. Bersedia Cari Penyelesaian
Ada kalanya pasangan mengalami masalah seksual yang tidak dapat mereka atasi sendiri. Jangan biarkan masalah tersebut merosak hubungan. Pasangan dengan sikap yang baik akan mencari bantuan profesional untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.

9. Kesihatan Yang Baik
Sentiasalah menjaga pemakanan dan melakukan senaman, ia adalah cara utama mendapat kesihatan yang baik. Tubuh badan yang sihat bukan saja perlu untuk anda mencari nafkah tapi juga untuk memastikan diri dan pasangan dapat menikmati seks.

10. Buang Fikiran Kolot
Antaranya fikiran dalam perihal seks, lelaki harus memulakan dan mendominasi suasana, sementara wanita bersikap pasif. Fikiran sempit sebegini akan membatasi pengalaman erotik.

11. Perlu Romantis
Seks akan lebih dinikmati dalam suasana yang romantis. Oleh itu cipta keadaan yang sebegini sewaktu berhasrat melakukan seks. Ia juga akan memberi kepuasan ekstra pada pasangan.

12. Humor
Kita sering menganggap seks terlalu serius. Seks seharusnya menyenangkan, dan kadang-kadang lucu. Canda tawa juga selalunya akan membuatkan hubungan tambah hangat dan mesra.

May 27, 2011

Rahsia Awet Muda

Pelbagai petua nenek moyang sebenarnya sangat berguna diamalkan sehingga sekarang. Hal ini karana mereka menggunakan hasil alam semulajadi yang tentunya mempunyai khasiat yang tersendiri. Misalnya limau purut, kacap fatimah, daun bunga raya, kunyit, halia, malah bermacam-macam lagi... Bagi anda yang ingin menjimatkan bajet, kenalah rajinkan diri mengaplikasikan petua-petua orang tua yang tentunya berkesan mangatasi masalah anda.
Pelbagai petua telah dimuatkan dalam laman blog ini bagi memudahkan anda mengetahuinya...

Namun, bagi anda yang malas mengamalkan petua-petua orang dahulu kala/traditional... Pelbagai produk kecantikan telah membanjiri pasaran kita. Produk moden ini bertujuan membantu anda menjimatkan masa dan tidak merumitkan suasana....
Digalakkan gunalah produk tempatan kerana sudah tentu pengusaha -pengusaha kita cuba menggunakan hasil alam semulajadi dan jauh dari bahan kimia berbahaya..... Jika anda berminat untuk mendapatkan kulit muka yang halus, putih gebu dan menegangkan muka anda.... saya sedia membantu.... Malah Produk ini turut didatangkan dalam set jerawat dan jeragat...
Hubungi 0129659001 atau click link di bawah:
www.solufieskinjb.blogspot.com

Menghalus, memutih dan mengebukan....


Penghantaran Percuma seluruh semenanjung malaysia. Less 10% jika ambil sendiri di lokasi..



Pelbagai pilihan produk yang didatangkan dalam satu set lengkap.
1) Set Normal/Biasa
2) Set Jerawat
3)Set Jeragat (menyelesaikan masalah jerawat dan jeragat biasa)
4)Set Jeragat Plus (menyelesaikan masalah jeragat degil dan awet muda)
5) Mineral Foundation cream Powder (Tahan lama sepanjang hari menghaluskan kulit dan menutupi cela)

Click link dibawah untuk maklumat harga dan produk:
www.solufieskinjb.blogspot.com

Peluang Perniagaan




Jadilah Pengedar terawal di seluruh negeri Johor. Hanya bermodalkan serendah RM500.00.
Walaupun tiada kedai anda masih layak menjadi pengedar produk ini. Kadar keuntungan yang tinggi. Produk baru dipasaran tetapi mendapat sambutan tinggi dinegeri johor.
Anda juga boleh menjadi pengguna bagi mendapatkan kulit yang halus, putih gebu dan menjadikan anda awet muda.... Mengatasi masalah jerawat jeragat....Malah menjadikan kulit anda segar sepanjang hari.

Click link dibawah:
www.solufieskinjb.blogspot.com

May 23, 2011

Petua lagi

Petua-petua di bawah ini adalah petua turun temurun yang diceritakan oleh rakan-rakan. Aku kumpul dan compile jadi satu, senang nak rujuk kemudian hari. Mungkin ada yang dah pernah mengamalkannya. Apa salahnya kita berkongsi.

Sebelum aku teruskan, ada satu pesanan. Kalau tak yakin, jangan ikut. Petua-petua ini tidak mendapat pengiktirafan dari badan-badan kecantikan dunia. Hanya mendapat ‘pengiktirafan’ dari nenek moyang sahaja. Amalkan di bawah risiko anda sendiri.

Kurangkan peluh di wajah
Basuh wajah hingga bersih kemudian lap hingga kering. Seterusnya ambil ketulan ais dan lumurkan ke wajah anda hingga beberapa minit. Tunggu sehingga kering dan kenakan solekan pada wajah seperti biasa. Peluh di wajah akan berkurangan dan wajah anda kelihatan bersih berseri-seri.

Buah pinang atasi kegemukan
Masalah gemuk dan badan berlemak memang merunsingkan. Ada cara untuk mengatasinya. Buah pinang mudaƂ yang lembut dibelah dua lalu dicuci sebersih-bersihnya. Masak air dalam belanga. Rebus pinang muda hingga mendidih. Biarkan air rebusan pinang muda sejuk sebelum meminum airnya. Kesannya anda rasa lebih mudah membuang air besar dan semua lemak di dalam perut akan keluar melaluinya.

Melembabkan wajah
Sepotong tembikai yang masak dan sejuk diperah untuk mendapatkan jusnya. Tapis dan simpan jus tembikai di dalam bekas. Pupuk perlahan-lahan hampas tembikai ke seluruh wajah dan leher. Biarkan sehingga kering lalu percikkan sedikit air sejuk. Petua ini dipercayai dapa melambatkan proses penuaan dan menjadikan kulit awet muda.

Nenas putihkan kulit
Ambil bahagian dalam nenas yang keras (palu) lalu digosokkan pada kulit badan. Bilas tubuh sebersih-bersihnya. Amalkan setiap pagi dan petang. Insya-Allah, kulit akan menjadi putih dan berseri.

Rambut selembut sutera
Untuk memperolehi rambut selembut sutera serta mudah disisir, amalkan cara ini. Sekiranya anda bercadang membasuh rambut pada keesokan hari, lurutkan rambut dengan minyak bijan sebelum tidur. Keesokan harinya syampu rambut dan bilas sehingga bersih. Lap rambut anda sehingga kering lalu dirapikan dengan menggunakan minyak bayi atau minyak zaitun. Jika anda berambut lurus, anda boleh menyikat terus rambut anda sebaliknya bagi anda yang berambut kerinting biarkan seketika barulah disikat agar rambut tidak terputus dan bercabang.

Hilangkan bulu ketiak
Tumbuk lumat 15 biji jintan putih bersama lima butir kapur barus. Campurkan sedikit minyak tanah lalu disapukan pada bahagian ketiak. Lakukan beberapa kali. Insya-Allah, bulu ketiak akan hilang selepas mengulanginya beberapa kali.

Kulit cantik dan putih
Inginkan kulit cantik dan putih? Anda boleh lakukan sendiri di rumah tanpa perlu ke salun kecantikan. Caranya sangat mudah iaitu dengan hanya mengisarkan 1 cawan kelopak bunga mawar, 1 cawan kelopak bunga melur, 1/2 cawan oatmeal, 1 cawan susu putih, dan 1/2 cawan badam sehingga halus. Campurkan bahan yang telah dikisar ke dalam air mandian dan mandi seperti biasa. Seterusnya bersihkan tubuh anda dengan menggunakan air suam.